Loading...

Followers

ANAK KHINZIR TAK SEDOR DIRI!

Saturday, July 04, 2009 |

Al kisah di dalam sebuah hutan yang permai tinggal pelbagai jenis binatang. Dalam banyak-banyak binatang ada sekor anak khinzir dan seekor anak singa yang bersahabat baik.

Anak singa ini adalah anak raja hutan. Atas baik budi anak singa maka anak khinzir ini dapatlah cari can untuk berlegar-legar di hutan dengan selamat tanpa dikacau oleh singa, harimau dan binatang-binatang liar.

Pada suatu hari, anak singa dan anak khinzir berjalan-jalan bersantai di taman hutan. Lama kelamaan mereka berdua berasa bosan. Mereka tidak ada apa-apa lagi nak buat dan tidak tahu apa nak buat.

Malas pula nak baca buku sekolah. Betul-betul macam anak-anak kita melepak main tak henti-henti tak tahu mahu baca buku masa cuti sekolah.

Fikir punya fikir, mereka bersetuju untuk mengisi kelapangan itu dengan melukis. Anak singa mencadang, "Aku ada satu cadangan. Apa kata aku lukis muka kau dan kau lukis muka aku?"

Anak khinzir menjawab, "Hmmm ... ok juga. Boleh!"

Dia suruh anak singa diam-diam untuk dia lukis. Sudah lima belas minit, anak khinzir berteriak, "Hah, dah siap. Nah tengok. Cantik tak aku lukis? Warna kulit kamu cantik."

"Wah ... lawa kau lukis. Baik, sekarang aku pulak lukis muka kau ...," kata anak singa.

Selepas lebih kurang lima minit saja anak singa melukis sudah siap. Diberikan kepada anak khinzir sambil berkata, "Nah ... siap gambar muka kau yang lawa ni. Cuba tengok ..."

"Cepatnya," anak khinzir terima gambar itu dan tengok gambarnya. Mukanya langsung bertukar merah marah.

"Ape yang kau lukis ni anak singa!!!???," dia bertanya dengan agak marah.

"Betul la apa yang aku lukis tu. Inilah gambar kamu," jawab anak singa.

"Ini bukan muka aku. Mana warna yang berbelang-belang. Ini muka khinzir!"

Besar kepala rupanya anak khinzir ni. Dia tak sedar dia haiwan khinzir. Sementang dia berkawan dan diberi kemudahan oleh singa, dia sudah serba serbi mahu jadi macam juga singa. Sampai tak mengaku dirinya khinzir.

Entah apa maksud cerita ini ...

Di petik dari Tuan Husin Lempoyang

9 comments:

fazrin2211 said...

wakakakakakaka

Idayu said...

hihi:)lawak pun ye.

LiNda said...

maksudnya ....

memang betul anak babi ( eh eh khinzir okeh ) tuh tak sedar diri.

Dah memang muka buruk kann, tak ngaku plak tuh .
Dahlah buruk ... busuk and sombong.

Itulah jawapan saya .

cekguu... saya dapat A tak ??

AZANI said...

daddy:husin lempoyang,dalam berlawak dia, pedas,sinis.yang terkena tu pasti senak perut.

Daddy Cool said...

Linda...sajer nak cuba relatekan dengan kehidupan seharian...memang adapun yang jenis serupa nie!

Daddy Cool said...

Azani...tu yang sebenornyer....ada yang tergigit cili burung lagi panas!

catz_mafia said...

Daddy,
Best cerita ni.. dasar tak sedar diri betul khinzir tu.. macam Belanda pulak jadinya.. huh..

hidet said...

kena soh dia cermin diri tu..keke

Signorina Syima said...

memang tak sedar diri itu babi...

sbb itu dia sgt babi...