Loading...

Followers

SEMBANG KOSONG - PPSMI OH PPSMI!

Friday, July 10, 2009 |

Wah...PPSMI dimansuhkan...ada yang seronok...ada yang tak seronok...ada yang teruja...malah ada juga yang kecewa!

Sebagai guru, kami tidak digalakkan mendebatkan sesuatu dasar yang yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ini adalah kerana menjadi satu etika sebagai seorang pegawai kerajaan yang tugasnya sebagai pelaksana dasar a.k.a yang menurut perintah untuk mematuhinya.

Apa yang dipekelilingkan akan dilaksanakan, insyaallah!

Namun, apa yang dikecewakan,terdapat sesetengah pihak yang terlalu teruja dengan keputusan yang baru diumumkan ini malah mahukan lebih dari itu. Sebagai contoh, keputusan pemansuhan PPSMI ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tahun 2012 telah ditentang oleh segelintir golongan.

Golongan-golongan ini mendesak agar ianya dilaksanakan secara segera malah ada yang mahukan ianya serta merta. Mereka harus faham bagaimana sesuatu dasar itu digubal serta pengoperasiannya yang memakan masa. Implikasinya juga harus difikirkan termasuklah kepada yang melaksanakannya dan yang menerimanya.

Jika pelaksanaannya dilaksanakan serta merta, maka kesan yang amat buruk akan dialami oleh murid-murid yang pada masa ini telah pun dipenuhi dengan terma-terma Bahasa Inggeris di dalam pemikiran merekan walaupun kefahamannya tidak mencapai tahap yang dimahukan.

Di dalam sistem pendidikan kita, ada satu kitaran yang unik bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Kitaran ini bermula dari Tahun 1 hinggalah tamat di sekolah menengah. Setiap peringkat mempunyai kesinambungan yang khusus untuk ke peringkat seterusnya. Oleh yang demikian, jika satu peringkat telah diubah cara dan dasar yang telah ditentukan, maka kesinambungan ini akan menjadi satu sistem yang celaru. Mangsannya? Sudah tentu anak-anak kita yang masih di sekolah.

Kitaran ini dengan mudah difahami oleh golongan-golongan yang terbabit secara langsung dengan sistem pendidikan. Ini termasuklah dari golongan guru, pegawai2 di PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran. Malangnya, sesetengah golongan yang mahukan sesuatu perubahan, tidak memahami kitaran penting ini. Kebanyakan mereka bersuara tanpa memikirkan implikasi jangka pendek kerana dikaburi dengan pelbagai faktor termasuklah politik dan juga latar belakang pendidikan mereka.

Oleh yang demikian, langkah kementerian untuk memansuhkan PPSMI ini secara berperingkat amatlah dialu-alukan. Kementerian mengambil langkah ini setelah memikirkan implikasinya daripada pelbagai sudut. Murid-murid yang telah pun bergelumang dengan PPSMI sebelum ini, akan diteruskan tetapi dengan pilihan pengajaran dan pembelajarannya di dalam dwi bahasa. Cara ini lebih efektif bagi mengelakkan mereka keliru dan celaru dengan pelbagai gaya bahasa yang diajarkan pada mereka. Kertas soalan peperiksaan juga akan disediakan dalam dwi bahasa bagi mewujudkan satu sistem yang menang-menang.

Jadi, kepada golongan-golongan yang bersungguh-sungguh memaksa kerajaan melaksanakan pemansuhan ini secara serta-merta, perlu dan wajib faham sistem dan implikasinya terlebih dahulu. Jangan sampai nanti anak-anak kita, yang biol bertambah biol! Yang pandai pun boleh jadi biol...ikut hati mati!

Daddy...sibuk dengan Percubaan UPSR minggu depan..adeh...dup dap dup dap!

15 comments:

Monkey D Luffy said...

semua benda pun nak ubah kena perlahan2 kan

catz_mafia said...

Daddy,
Orang kita ni kalau nak satu-satu benda semua nak cepat... err.. sabar je lah..

AZANI said...

benar cikgu, perlu dibuat berperingkat dan teratur.

LiNda said...
This post has been removed by the author.
pija5120 said...

betul tu daddy...
kita ' Yang Menurut Perintah'...

Mr. Azman @ Kreuger said...

erm... mujur la mase aku skolah dulu
aku blajar dalam bahase Melayu.
dah la aku tak pandai bahase omputeh.

bile dah abis skolah memacam plak dengar pasal sukatan pelajaran ni.
sungguh aku tak bleh blah kalau
aku masih lagi dibangku sekolah pada
zamam sekarang ni. maunya aku susah
nak lulus SPM hagaknya.. heheh

harap harap lepas ni tadek la
masalah lagi terutama penduduk
luar bandar sana. kenapa eh..
agaknya bila dikaitkan dengan
penduduk luar bandar.. mesti
depa cakap anak depa tuh.. tak
pandai bahasa Inggeris.. erm..

pada hal.. anak buruh estet
la yang ramai yang cemerlang
dalam pekse terutama subjek killer

kompius dengan statement masyarakat
kite zaman sekarang nih~

Daddy Cool said...

Monkey, Catz, Azani...betul la tuh...nak beranak pun kena pelan-pelan jugak, bukan boleh keluar terus! Rabak la!

Daddy Cool said...

Pija...biasak la, cikgu la katakan!

Daddy Cool said...

Pija...biasak la, cikgu la katakan!

Daddy Cool said...

Man...orang bercakap dan berdemonstrasi tu, entah datang ke idak bila sekolah panggil buat gotong royong...

Daddy Cool said...

Leenda...naper padam komen, daddy faham ada ibu bapa yang kecewa dengan tindakan ini, tapi bila memikirkan secara makronya...pengubahsuaian amat diperlukan!

LiNda said...

Wah... tajam sungguh minda and pemikiran awak . Tak sangka awak alert pada komen saya .

Wahai cekgu ... anda berada didlm bidang dan track yang betul . Saya tidak pernah sangkal . Sbg ibu saya berhak utk rasa terkeliru .

Apapun saya mengharap sangat setiap langkah / tindakan yg sedang dan akan diambil memberi manfaat kepada anak2 KAMI .

Daddy memang cool !

pija5120 said...

saya sedih PPSMI akan mansuh...

Arifgha said...

saya lupa,tumpang tanya skit ,masa buat PPSMI dulu pelan-pelan ke??
terus ..je buat aa! tak ingat laa pulak..makan masa brapa tahun tu..masa buat ari tu...???

Daddy Cool said...

Arifga...masa PPSMI dulu, tetap dilaksanakan secara berperingkat, kalau anada seorang guru, anda pasti ingat anda perlu menghadiri beberapa kursus peningkatan penggunaan bahasa inggeris sepanjang pelaksanaan PPSMI.

Kohort PPSMI yang pertama memperlajari Sains and Math sepenuhnya hanya mengambil UPSR pada tahun lepas, dan murid-murid sebelum itu masih menjawab soalan dalam dwi bahasa.

Kalau anda mahukan PPSMI ini dihapuskan secara serta merta, memang anda tidak memikirkan nasib murid-murid yang masih terperap di dalam minda mereka beberapa terma-terma yang masih mereka pakai dan gunakan sekarang di dalam bahasa Inggeris..

Terima kasih